(Entry ini berkaitan dengan entry "Dalam Memori" & "Secebis Kisah Kehidupan")
Ibu,
Telah ku tebus
Setiap titis airmatamu
Yang telah mengalir
Kerana mereka
Tapi,
Kenapa aku tidak mampu
Mengawal airmataku sendiri
Teman,
Andai kau fahami
Perjalanan hidup yang telah ku lalui
Ku pasti
Kau akan mengerti
Mengapa aku jadi begini.
*******************************************
Dalam kehidupan ini, kita perlu berkorban. Apalah sangat pengorbanan kita kalau nak dibandingkan dengan susah payah ibu bapa untuk membesarkan kita. Untuk mencapai sesuatu keinginan, kita kena lupakan keinginan yang lain.
Cuma kadangkala kita merasa sedih bila hasrat tak kesampaian. Apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Apalagi jika ia melibatkan hati dan perasaan. Apalagi jika insan yang kita harap dapat mengerti kedudukan kita, tidak cuba untuk memahami. Dan menyalahkan kita atas apa yang terjadi. Sedangkan, kita sendiri sedang terseksa menahan kepedihan.
Tuhan memberi kita akal untuk berfikir. Kita kena fikir rasionalnya. kenapa kemahuan kita ditolak, kenapa keinginan kita disekat. Hidup kita bukan hanya untuk hari ini. Kita kena fikir tentang perjalanan hidup yang masih panjang. Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik saja untuk anak-anak mereka.
Jangan risau kehilangan cinta. Tidak perlu mengejar cinta. Tiba masanya cinta datang mencari kita. Tapi, kejarlah cita-cita kerana ia menentukan masa depan kita. Menangislah sekarang kerana kita masih ada waktu untuk membaiki kelemahan daripada menangis pada hari esok setelah segalanya sudah terlambat…
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian.
biar anak menangis... jangan satu hari nanti ibu bapa menangis... :D
ReplyDeleteeh.. ada kaitan tak...:D
boleh gak tu tapi kena la bagi rasional kat anak supaya mereka boleh faham...
ReplyDeleteyup.. seruju sangat... jangan kita cari cinta.. biar cinta datang sendiri.. hakikatnya, cinta yang datang sendiri tue lebih bermakna n berharga.. ^_^
ReplyDelete4llow uuu & jom tukar2 link
ReplyDeleteibu saya insan terbaek dalam hidup sayer! huhuhu
ReplyDeletex salah ibu menangis psal kite , tp biar die nanges sbb gembira . kadang2 kita rasa kita tak perfect sbb bnyak msalah yg kte x bole handle sndr .
ReplyDeletetp ade hkmah disebalik kejadian . ALLAH datangkan kilat dan petir pd kita , tp die mnggantikannya dgn pelangi bukan ?
ya, itulah yg selalu difikirkan..bahagiakan mereka, biar mereka bangga mempunyai anak seperti kita..
ReplyDeletedialah insan yg terbaikkk
ReplyDeleteBukan susah nak susah, bukan senang nak senang
ReplyDeletehttp://generasieraremaja.blogspot.com/2010/04/bukan-susah-nak-susah-bukan-senang-nak.html
stuju..=)
ReplyDelete(^^)
ReplyDeleteBerakit-rakit ke hulu
ReplyDeleteBerenang-renang ke tepian
bersenang senang dahulu
menyesal kemudian....
biar susah sekarang, asalkan senang kemudian..
ReplyDeleteSalam kenal yer..
salam,
ReplyDeletesetiap dugaan itu pasti ada hikmahnya
sabar lah selalu..
thanx singgah gadis kidal.
besabar ehhhh okeyy nyerrr
ReplyDeleteDear Momoy sangat suka entry nih =)
ReplyDeletemendalam maksud nyer'
indah...
MY RECENT POST : Plectranthus rotundifolius (Poiret) Sprengel - APA TU ?