Dia tanya aku "Apa nak terasa ?" Ha..ah.. bodoh betullah. Kenapa pulak orang lain yang dikata, aku pulak yang terasa. Dia tak ada kena mengena dengan aku pun. Adik bukan, sedara pun bukan. Sepatutnya biarkanlah. Dia nak jatuh ke, tunggang terbalik ke, aku peduli apa ? Sepatutnya aku buat ajelah kerja sendiri, kerja aku pun bukannya sikit. Dia ? Ikut dialah, dia tanggunglah apa yang dia buat...
Tapi, sanggupkah aku ? Mampukah aku menahan telingaku mendengar orang mengata dia ? Kalau boleh, aku nak pekakkan telingaku. Tak ingin mendengar sebarang komen orang terhadap dirinya. Tapi apa-apa berkaitan dia, mereka ceritakan padaku. Apa-apa mengenai dia, mereka tanya aku. Alasannya, susah nak jumpa dia…
Sebenarnya dia yang aku kenali, tidaklah begitu sikapnya. Cuma dia kurang peka, suka bertangguh. Yang salah tu, tetap salah jugaklah. Dalam diri kita ni, bukannya semuanya buruk, bukan semuanya baik. Tapi biasalah manusia, satu keburukan yang dilakukan boleh menghilangkan seribu kebaikan yang pernah dilakukan…
Dia pernah menguatkan semangatku dan mengembalikan kekuatan di saat aku hampir tenggelam menahan segala kata yang menyakitkan. Sebenarnya itu memang tugasnya juga, menjadi tanggungjawabnya juga menaikkan nama organisasi. Tapi tanpa keberaniannya, tanpa kerjasama dia, mungkin segalanya takkan terjadi. Sejak itu, aku telah menganggapnya seperti adikku sendiri. Biasalah kan, walau macam mana marah pun kita pada adik, jika orang lain mengata dia, pasti kita terasa….
Aku ? Bukan aku tak boleh faham dia, bukan aku tidak memahami keadaannya sekarang tapi kadang-kadang aku geram dengan sikapnya. Kerjaku berkaitan dengan kerjanya. Selagi kerjanya tak selesai, ia akan menjejaskan pekerjaanku. Tapi, dalam keadaan sekarang gilalah aku, kalau mahu dia menyiapkan tugasnya itu. Sebenarnya bukan itu….
Tapi yang nyatanya, hatiku terguris. Puncanya kecil sahaja. Sekali ianya terjadi, aku masih ok. Tapi kali yang kedua, hati mula terdetik…zasss !!! Aku gagal mengawal emosiku. Sepatutnya aku tidak memikirkannya. Dia memang begitu. Mungkin dia lupa, mungkin tak sengaja. Atau mungkin dia tak terfikir tentang itu. Perkara kecil saja…
Aku telah berjanji, takkan marahkan dia lagi. Aku cuba untuk tidak mempamirkan perasaan yang bermain di fikiranku. Tapi dia dapat membacanya. Sebenarnya aku ingin biarkan ia berlalu begitu saja. Sehari dua aku ok lah. Perkara kecil saja. Tak patut dia tau tentang itu, terutamanya dalam keadaan dia sekarang. Tapi segalanya telah terjadi, perkataan yang ku gunakan mungkin membuat dia tersentuh…
Tengok apa dah jadi. Masing-masing berdiam diri. Nak berbincang ? Jauh sekali. Apa nak buat, salah sendiri. Sebenarnya sedih, sedih dengan apa yang terjadi. Aku malu sangat kat dia. Tapi apa yang terjadi, sudah pun terjadi. Apa nak dikesalkan lagi….
“Kau tak akan mendapat sebarang teman jika kau mengharapkan insan tanpa kesalahan…..”
hehe....nie mesti kes geram ngan membe sepejabat nih yer.....huhu....saboo.....mmg camtuh la bila bekerja atau belajar. sebab diri masing2 punya perawakan....yang penting sabar n sentiasa happy. insyallah.
ReplyDeletehot topik:
TEKNIK: Letakkan Banner Campaign Churp-Churp Di Blog
btul eyka sokong entri awk ni! hee:)
ReplyDeleteassalamualaikum & selawat atas Nabi Muhammad SAW.
ReplyDeletegelombang fikiran & kepekaan seseorang berbiza-beza. pada dia ok saja tapi dlm hati kita sudah macam nak pecah.
bersabar la...kadang kak ct pun terkena juga situasi ini.
tu la...kadang2 tegur salah, tak tegur pun salah...
ReplyDeleteBiasalah manusia cepat terasa.
ReplyDeletesuke ayat yang last tu.
ReplyDeleteKunjungan balik :)
ReplyDeletemaaf comentnya tidak sesuai postingan :p
salam kenal :)
saye pun pena rase benda yang same...tapi ngan kawan u..huhuhu
ReplyDeleteseorang teman bukn untuk mencari kesalahan temannya tetapi menasihati kesalahn temannya...wah2 cikgu rupanya
ReplyDeletesabar je lah....
ReplyDeletehadapi dgn hati yg tenang :)
ReplyDeleteAssalam..
ReplyDeleteKadangkala kita tidak mampu memuaskan hati semua orang..