Bila tiba di persimpangan ini
Kita carilah jalan sendiri
Perhubungan ini tidak perlu dipertahankan lagi
Kerana ianya semakin menyeksa diri
Pendapat kita sering berbeza
Pandangan kita selalu tak sama
Tiada ruang untuk bersuara
Tiada peluang untuk berkata-kata
Sudah lama memendam rasa
Ku simpan sahaja rasa sebak di dada
Rasanya kini sudah tibalah masa
Untuk lepaskan segala beban yang ada
Semakin lama kita bersama
Semakin pedih rasa di jiwa
Tak ingin hati terus terluka
Tak sanggup lagi menanggung derita
Kerana tidak sehaluan lagi
Leraikanlah ikatan yang merantai diri
Apa yang digenggam selama ini
Sama-samalah kita lepaskan pergi
Apa yang terjadi usah dikesali
Tak semua yang diingini dapat dimiliki
Mungkin ada hikmah tersembunyi
Semoga bahagia sedang menanti
macam dekat je ayat ni ngan diri saya..:)
ReplyDeleteso sad..hehe..nk copy aci x??nk msuk lam note fb utk ttapan umum..
ReplyDeleteohh me like poems..:)
ReplyDeleteok je eira tapi letak la nama penciptanya sekali..hehe..
ReplyDeletepandai u karang.keep it up :)
ReplyDeletesuke entry nih...
ReplyDeletejom singgah n follow belog saya..
http://inibelogfyna.blogspot.com/
salam..moga bahagia menanti..amin
ReplyDeleteAssalamualaikum....suka ngan puisi ni...
ReplyDeleteSemoga tabah mnghadapi apa jua dugaan...
salam.best gak ni.sy pun minat gak puisi n sajak
ReplyDeletedan bertemu, dan berpisah
ReplyDeletesuatu lumrah
biar pasrah
bukan amarah
sebelom parah
eeelok le cari arah
kerna takdir tak bisa diubah
takdir itu milik Tuhan. kita hanya laksanakan.
ReplyDeletejodoh pertemuan itu terletak ditangan Allah. Tiada siapa yang menduga harini kita bahagia, esoknya derita menanti. Tapi bukan selamanya derita..pasti ada bahagia dikemudian hari ;)
ReplyDeletemacam cikgu saya, suka berpuisi dan buat sajak.. tapi hanya dia sorang je yg paham.. haha..
ReplyDeleteSila lawat: Kaoshi Troll