Tiba-tiba saja dia aktif dalam Facebook. Walaupun aku memang aktif tapi aku tak pernah online. Namun aku tahu tiap-tiap hari dia buka FB, perkara yang jarang dilakukannya sebelum ini. Dari status dalam FB nya aku dapat tahu yang dia ada masalah.
Aku tahu tentang kesakitan yang dialami oleh ayahnya. Dia pernah ceritakan kepadaku. Tapi aku tidak tahu yang sepanjang dua minggu dia tiada di sekolah kerana berkursus, pada masa yang sama ayahnya telah dimasukkan ke wad dan kini sudah tiada harapan untuk sembuh. Hanya menunggu masa.
Mendapat tahu tentang berita itu, aku tersentak. Tak tahu bagaimana hendak ku ceritakan perasaanku waktu itu. Seolah-olah tidak jejak di bumi nyata, seolah-olah berada di awang-awangan. Sepatutnya dalam keadaan dia begitu, aku memberinya kekuatan, redakan kegelisahannya. Tapi sebaliknya, aku pula yang membunuh semangatnya. Aku tambahkan kesengsaraannya. Ya Allah, apa yang telah ku lakukan...!!!
Aku hanya mampu meminta maaf. Itu pun melalui mesej di dalam inbox nya. Mesej pertama dia balas. Dia pun meminta maaf kerana bersikap tidak adil terhadap aku, katanya. Bila aku hantar mesej kedua, dia diam...membisu tanpa balasan.
Aku tidak boleh berhadapan dengannya. Tidak boleh memandang wajahnya. Airmataku menjadi terlalu murah harganya. Bila-bila masa saja ia boleh gugur. Tapi aku tidak mahu dia melihat aku menangis. Aku sentiasa mencari ruang untuk tidak bertemu dengannya. Untuk seketika itu, aku sanggup menjadi pelarian.
Dalam hatiku, perasaan marah dan sedih bercampur baur. Sesungguhnya aku masih terkilan. Kenapa dia tidak mahu menceritakan perkara ini kepada aku sendiri. Kenapa mesti aku tahu dari FB ? Susah sangat ke untuk memberitahu aku ? Kenapa sebelum ini boleh bercerita ? Kata nak balas luahan tu tapi kenapa setelah berminggu-minggu aku tunggu, ini yang aku dapat ???
Firstly, terima kasih cikgu kerana singgah ke blog saya. Hurmmm.. Susah jugak untuk membuat pilihan... Tetapi cikgu tabahkan lah hati.. berlapanglah dada dengan banyakkan berdoa.. Mungkin dia ada alasan untuk tidak bercerita..
ReplyDeletekena hormati pendirian dia..
ReplyDeleteberilah ruang padanya.
ReplyDeletemungkin dia perlu waktu untuk bercerita pada anda.
bnyk2 kanlh berdoa.
kadang2 ada insan yang suka hadapi sendirian tanpa nak membebankan kawan2 ..ada yg suka bercerita ,..mungkin tika dan saat ni dia hanya pendamkan dalam diri ..terlalu banyak dia hadapi harap2 awak mengerti ..berilah sokngan padanya ..wpun apa terjadi ..kadang2 perasaan marah , kecewa sedih bila dibelakangkan tp fikirkan secara positif ada hikmah kan disebaliknyaa~
ReplyDeletenice story. real story ke ?
ReplyDeletethanks sahabat...ummu uswah, cuba teka...
ReplyDeletexpela ambil ia sbg pengajaran...hal dah brlaku..so biarkan ia berlalu.
ReplyDeletetp menarik cerita nei..boleh wat cerpen.
bykkan bersabar..:)
ReplyDeletepredictor..dulu mmg teringin nak jadi penulis tapi bila dah jadi cikgu..sentiasa busy..setakat cerita2 pendek cam ni, bolehlah..
ReplyDeletei think so. saya pun suka tulis kisah sendiri. kenangan yg cukup indah, pelajaran yg cukup bermakna, abadi selamanya...
ReplyDeletesob.
ReplyDeleteingin menjadi pendengar terbaik...
ReplyDeletesedeynyee :(
ReplyDeletenice story. Byk yg boleh diulas dari segi positif dan negatif pada ke-dua belah pihak
ReplyDeletekadang-kadang kita perlu mulakan bicara terlebih dulu sebab orang yang bermasalah tu mungkin takut untuk bercerita. dia takut kita mungkin tak berminat untuk dengar masalah die.sebab tu kita kena mulakan dulu,tunjukkan yang kita amek berat dan sudi dengar masalah dia :)
ReplyDelete