Wednesday, March 14, 2012

Perpisahan Ini

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata di hati tidak akan lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga kita berjumpa di lain masa

Itulah lagu yang biasa dinyanyikan bila ada perpisahan di sekolah semasa kecil dulu.  Sayu dan pilu rasanya terutama bila lagu itu dinyanyikan pada hari akhir meninggalkan alam persekolahan.  Masing-masing berjanji untuk tidak 'lost contact' tapi janji tinggal janji.  Bila masing-masing sudah ada haluan sendiri semua janji hilang entah ke mana.

Kini, kemajuan teknologi telah menemukan kembali sahabat yang terpisah.  Facebook menjadi media pertemuan tapi kemesraan lalu telah hilang. Setelah 'add friend' atau 'confirm friend' masing-masing hanya menjadi pemerhati. Kalau yang kenal biasa-biasa saja tidak mengapa. Tapi yang sedihnya, dulu sahabat karib tapi bila ditegur langsung tidak dijawab. Lupakah pada kenangan lama ? Mungkin lupa tapi takkan semuanya.  Sombongkah dia kerana kerjaya atau pangkat yang ada ? Mungkin ya... teringat lagu Sudirman... Taraf, kedudukan menjadi sempadan, sering memisahkan...

Tak apalah, yang lalu telah pun berlalu.  Yang ada bersama kita sekarang bagaimana ? Apakah akan berulang kisah yang sama ?  Hari ini kita sedih tapi esok lusa semuanya dilupakan. Harap-harap tidak begitu...

Sahabatku,
Jika semalam ada yang terasa di hati
Jangan diingati
Jika hari ini pertemuan yang terakhir kali
Jangan ditangisi
Jika esok kita tak bersua lagi
Jangan diratapi

Kenanglah yang terindah saja
Agar tiada kelukaan yang hadir
Bersama perpisahan ini...

Dan,
Jika suatu masa nanti jika kita ditemukan lagi
Semoga kemesraan ini berulang kembali

Tuesday, October 11, 2011

Biar Aku Yang Berubah

Nampaknya kau sudah selesa dengan apa yang sedang kau lakukan.  Kau ulangi kesalahan yang sama.  Kau tidak pernah berubah dan aku rasa kau memang tak nak berubah.  Ingatlah, tidak semua orang boleh mengikut cara kita, kadangkala kita kena ikut cara orang lain. Jika kita tidak boleh menghormati orang lain, tidak salahlah jika orang lain tidak boleh menghormati kita.  Aku rasa tindakannya terhadapmu memang sesuatu yang wajar, kena pada tempatnya...

Sepatutnya aku tidak perlu masuk campur dalam perkara ini.  Aku tidak perlu mengambil tahu, tidak ada kena mengena dengan aku pun.  Tapi apa yang kau lakukan pasti akan sampai ke telingaku. Aku terima setiap insan punya kelemahan tapi di sebalik kelemahan itu kita punyai kekuatan, asal saja kita mahu berubah. Orang kata hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...

Selepas kejadian itu kita semakin jauh.  Aku pun tidak pasti apa sebabnya.  Aku rasa aku langsung tidak menyentuh tentang perkara itu.  Dalam hatiku ingin saja bertanya tetapi melihat sikapmu aku diamkan saja.  Aku menahan segala rasa tetapi dari hari ke hari, sikapmu semakin ketara. Mungkin sebab kau sudah ada  tempat lain untuk mengadu, untuk bercerita.  Aku tidak diperlukan lagi sebab kau tahu dalam perkara begini aku tidak akan bersimpati.  Pada aku senang saja...berani buat, berani la tanggung.  Cuma satu yang kau perlu tahu, aku cukup sedih dengan apa yang kau lakukan ini.  Duhai hati, pandai-pandailah kau menyisih ke tepi kerana dia sudah ada pengganti..Sedarlah, engkau tidak layak lagi menjadi temannya di sisi...

Aku sudah fed-up !!! Teruskanlah bersikap seperti itu..Kalau kau tak nak berubah, biar aku yang berubah.  Tapi jangan salahkan aku atas apa yang akan berlaku selepas ini... Keras hati ? Ya, itu memang sikapku tapi jangan lupa, engkau pun sama.  Egomu terlalu tinggi.  Selama ini aku yang selalu mengalah untuk menyelamatkan keadaan tapi sampai bila aku mampu bertahan ?

Aku tidak pernah membencimu tapi aku benci dengan sikapmu.  Kalau selama ini aku menyusahkanmu, maafkan aku. Cuma satu yang aku ingin kau tahu..I am what I am..I may be not the 'perfect person' that you are looking for, not even the 'best' among others..but..surely I'm a person who will always miss and care about you...Aku ingat segala kebaikan yang pernah kau lakukan...dan, aku terhutang budi tapi biarlah hutang budi itu ku bawa mati sahaja... Maafkan aku...

Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri 1432H


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk semua rakan blogger yang sudi bertandang ke blog Lynn.  Semoga raya tahun ini mencipta satu lagi kenangan terindah dalam hidup kita.  Kepada yang akan balik kampung dengan kenderaan sendiri, hati-hati memandu. Kepada yang naik kenderaan awam pula elok-elok duduk dalam kenderaan tu..hehe...Semoga  selamat sampai ke destinasi dan dapat beraya dengan ahli keluarga tersayang.

Kepada yang tak dapat balik beraya dengan keluarga kerana menjalankan tugas, sabarlah. Balik la selepas raya nanti. Sambil-sambil tu dengarlah lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf dendangan Allahyarham Sudirman Haji Arshad, gerenti amat terasa sayu dan pilunya..hehe..saja nak mengusik sekali sekala...

Di kesempatan ini Lynn ingin meminta ampun dan maaf kepada semua jika Lynn ada terkasar tulisan  di dalam mana-mana entri blog ini atau semasa blogwalking.  Harap sudi maafkan Lynn...

Hari Raya Hari Bahagia
Disambut Dengan Bersukaria
Tangan Dihulur Maaf Dipinta
Semoga Terampun Segala Dosa.

Monday, August 22, 2011

Cukup Sampai Di Sini

Maaf, cukuplah sampai di sini
Telah ku lontar perasaan itu ke tepi
Kerana yang ku terima hanyalah mimpi
Ketenangan tidak pernah aku miliki
      Sepanjang waktu aku diburu keresahan
      Setiap ketika aku kegelisahan
      Sikapmu sering membuatku tertekan
      Hingga selalu terjadinya pergaduhan
Kau tak pernah berubah
Semua perkara kau ambil mudah
Selalunya akulah yang terpaksa mengalah
Tapi kini aku sudah lelah
      Telah banyak peluang kuberi
      Tapi tak pernah kau ambil peduli
      Jadi biarlah aku akhiri
      Maafkan aku atas tindakan ini.
Semoga kau bahagia dengan caramu....