Sunday, November 24, 2013

Aku Redha

Kesilapan demi kesilapan aku lakukan. Bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali-kali. Mungkin aku yang tidak sabar. Mungkin aku yang terlebih emosi. Mungkin juga kerana aku selalu bertindak mengikut perasaan tanpa sempat memikirkan kesan di kemudian hari.

Aku tahu, tidak selamanya kami akan kekal di sini. Tidak akan kekal memegang jawatan yang telah agak lama dipertanggungjawabkan kepada kami. Suatu masa, kami akan pergi juga dari tempat ini..sama ada pergi dari tempat ini kerana mendapat jawatan lain atau pergi terus dari sekolah ini.

Aku berterimakasih kepada Tuhan yang telah meminjamkan dia kepadaku selama ini. Kalau sudah tiba masanya aku harus memulangkan dia kembali..harus melepaskan dia, aku redha..walau seberat mana pun perasaanku. Aku tidak mampu menolak ketentuan takdir.  

Tetapi aku tidak mahu aku atau dia pergi dari tempat ini kerana adanya silap faham atau perselisehan antara kami... 

    

2 comments:

  1. Salam sahabat,
    membaca tulisa"mu disini,,, lama tak jumpa dan berkunjung :)

    Ikhlas kan yg telah pergi, yakin akan ada yg terbaik.

    salam langit.

    ReplyDelete
  2. Thanks sahabat, terasa perpisahan itu semakin dekat dan semakin sesal jika dia pergi kerana kesalahan diriku sendiri...

    ReplyDelete