Bila tiba di persimpangan ini
Kita carilah jalan sendiri
Perhubungan ini tidak perlu dipertahankan lagi
Kerana ianya semakin menyeksa diri
Pendapat kita sering berbeza
Pandangan kita selalu tak sama
Tiada ruang untuk bersuara
Tiada peluang untuk berkata-kata
Sudah lama memendam rasa
Ku simpan sahaja rasa sebak di dada
Rasanya kini sudah tibalah masa
Untuk lepaskan segala beban yang ada
Semakin lama kita bersama
Semakin pedih rasa di jiwa
Tak ingin hati terus terluka
Tak sanggup lagi menanggung derita
Kerana tidak sehaluan lagi
Leraikanlah ikatan yang merantai diri
Apa yang digenggam selama ini
Sama-samalah kita lepaskan pergi
Apa yang terjadi usah dikesali
Tak semua yang diingini dapat dimiliki
Mungkin ada hikmah tersembunyi
Semoga bahagia sedang menanti
Thursday, March 31, 2011
Thursday, March 17, 2011
Jangan Ada Benci
Telah bertahun kita bersama
Melewati hari-hari dengan pelbagai rasa
Adakalanya suram terkadang ceria
Mungkin sampai di sini saja
Episod kita sudah di penghujungnya
Senyum saja pada dunia
Walau hati di dalam merintih hiba
Selama mana kita akan berduka
Suatu masa pasti hilang jua
Setelah hakikatnya kita dapat terima
Apa yang terjadi ada hikmahnya
Kita kan harus tabah
Tidak perlu tunduk mengalah
Apalah sangat dugaan ini
Jika dibandingkan cerita dunia
Apa yang ada hanya pinjaman
Dalam meniti sebuah perjalanan
Tiba masa harus dipulangkan
Yang kekal pada kita hanyalah kenangan
Cuma satu yang kuharapkan
Buangkanlah rasa yang terkilan
Jangan ada walau secebis kebencian
Salah silapku mohon dimaafkan
Monday, March 14, 2011
Inilah Kisahnya (Part 3)
Kenapa ye,
Kenapa aku harus melalui situasi begini
Apa yang telah kulakukan
Sehingga aku harus menanggung semua ini ?
Ya Allah,
Ampunilah dosaku
Sesungguhnya aku lemah
Untuk menghadapi keadaan ini
Berilah aku sedikit kekuatan
Agar aku terus bisa berdiri
Untuk menghadapi setiap ujianmu...
**********************************************************
Kenapa aku harus melalui situasi begini
Apa yang telah kulakukan
Sehingga aku harus menanggung semua ini ?
Ya Allah,
Ampunilah dosaku
Sesungguhnya aku lemah
Untuk menghadapi keadaan ini
Berilah aku sedikit kekuatan
Agar aku terus bisa berdiri
Untuk menghadapi setiap ujianmu...
**********************************************************
Kenapa dik, kenapa jadi begini. Masing-masing diam. Masing-masing bisu. Akak tau, adik nak akak mulakan dulu. Seperti yang lepas-lepas, akak yang mengalah. Tapi itu dulu. Tidak untuk kali ini. Sedihnya akak rasakan keadaan ini. Tapi adik macam tak kisah. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi akak tahu. Dalam hati adik, perasaan benci meluap-luap pada akak, kan ?
Kebisuan adik menambahkan kesakitan ini. W/pun akak tak cakap, sekurang-kurangnya akak tulis. Akak jelaskan apa yang terbuku di hati akak tapi adik langsung tak nak cakap apa-apa. Bila sama-sama berada di sini, akak rasa kaki tak jejak ke bumi. Sebelum ni tempat ini tak pernah sunyi tapi sekarang segalanya berubah. Sukarnya untuk menghadapi keadaan ini. Tapi kita profesional, kan. Jangan libatkan soal kerja dengan soal peribadi. Jangan sampai sesiapa tahu, apa yang sedang berlaku.
Entahlah, akak rasa akak kena belajar lakukan semuanya sendiri. Biarlah akak uruskan segalanya. Lagipun sampai bila akak nak bergantung pada adik. Lama-lama akak akan kehilangan adik jugak. Hujung-hujung tahun begini, biasalah. Akan ada perubahan dalam organisasi.
Akak dengar nama adik disebut-sebut untuk jawatan itu. Jawatan yang telah lama ingin diberikan kepada adik, walaupun adik dah tolak berkali-kali. Akak dah tak larat nak dengar. Akak dah puas menahan sesak di dada bila mendengar berita itu. Takutnya akak kalau kehilangan adik. Tapi apa yang mampu akak lakukan.
Kalau inilah yang tersurat, kalau inilah suratan takdir, akak hanya mampu berserah. Adik pergilah. Akak doakan adik berjaya. Akak memang yakin adik boleh lakukannya. Di mana pun adik berada, organisasi akan sukses. Tengok saja, berapa banyak program yang telah adik jalankan. Semuanya berjalan lancar. Contoh paling dekat, organisasi kita sendiri. Walau akak ketuanya, program-program yang besar tu, adik yang jalankan.
Biarlah akak di sini. Akak akan lakukan setakat yang termampu. Walaupun nanti kita dah tak bersama dalam organisasi ini, akak akan tetap ingat. Akak akan kenang segalanya. Akak takkan pernah lupa pada adik akak walaupun adik tak pernah kisah apa yang berlaku. Sebab adik ada segalanya. Adik punya segala kelebihan. Tak ada apa pun yang kurang kalau akak tiada di sisi adik. Tak pe lah dik, akak sedar siapa diri akak. Terima kasih atas apa yang telah adik berikan kepada akak. Terima kasih sekali lagi...
Wednesday, March 9, 2011
Inilah Kisahnya (Part 2)
Tiba-tiba saja dia aktif dalam Facebook. Walaupun aku memang aktif tapi aku tak pernah online. Namun aku tahu tiap-tiap hari dia buka FB, perkara yang jarang dilakukannya sebelum ini. Dari status dalam FB nya aku dapat tahu yang dia ada masalah.
Aku tahu tentang kesakitan yang dialami oleh ayahnya. Dia pernah ceritakan kepadaku. Tapi aku tidak tahu yang sepanjang dua minggu dia tiada di sekolah kerana berkursus, pada masa yang sama ayahnya telah dimasukkan ke wad dan kini sudah tiada harapan untuk sembuh. Hanya menunggu masa.
Mendapat tahu tentang berita itu, aku tersentak. Tak tahu bagaimana hendak ku ceritakan perasaanku waktu itu. Seolah-olah tidak jejak di bumi nyata, seolah-olah berada di awang-awangan. Sepatutnya dalam keadaan dia begitu, aku memberinya kekuatan, redakan kegelisahannya. Tapi sebaliknya, aku pula yang membunuh semangatnya. Aku tambahkan kesengsaraannya. Ya Allah, apa yang telah ku lakukan...!!!
Aku hanya mampu meminta maaf. Itu pun melalui mesej di dalam inbox nya. Mesej pertama dia balas. Dia pun meminta maaf kerana bersikap tidak adil terhadap aku, katanya. Bila aku hantar mesej kedua, dia diam...membisu tanpa balasan.
Aku tidak boleh berhadapan dengannya. Tidak boleh memandang wajahnya. Airmataku menjadi terlalu murah harganya. Bila-bila masa saja ia boleh gugur. Tapi aku tidak mahu dia melihat aku menangis. Aku sentiasa mencari ruang untuk tidak bertemu dengannya. Untuk seketika itu, aku sanggup menjadi pelarian.
Dalam hatiku, perasaan marah dan sedih bercampur baur. Sesungguhnya aku masih terkilan. Kenapa dia tidak mahu menceritakan perkara ini kepada aku sendiri. Kenapa mesti aku tahu dari FB ? Susah sangat ke untuk memberitahu aku ? Kenapa sebelum ini boleh bercerita ? Kata nak balas luahan tu tapi kenapa setelah berminggu-minggu aku tunggu, ini yang aku dapat ???
Sunday, March 6, 2011
Inilah Kisahnya (Part 1)
Menerima smsnya tengah hari itu, aku lupa seharian aku tak makan. Tapi anehnya, langsung tak rasa lapar. Bila teringat petangnya, aku cuba makan tapi tak boleh nak telan.
Aku akui salahku kerana menulis dalam keadaan aku sendiri sedang tertekan. Ada saja perkara tentangnya yang sampai ke telingaku. Aku marah kerana dia hanya berdiam diri bila dipersalahkan. Tetapi aku bukan marahkan dia seratus peratus. Salahnya sedikit saja. Aku sebenarnya marahkan keadaan, yang sama-sama kami tak boleh elakkan.
Cuma aku hairan juga, kenapa dia lebih banyak mendiamkan diri. Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab. Biasanya apa-apa yang berlaku, dia ceritakan padaku. Sikap bisunya membuatkan aku geram. Bukan aku tak nak bincangkan perkara ni, tapi aku tak boleh nak cakap. Mulutku seakan terkunci. Aku tahu dia sedar akan perubahanku tapi dia tetap dengan sikapnya.
Cuma aku hairan juga, kenapa dia lebih banyak mendiamkan diri. Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab. Biasanya apa-apa yang berlaku, dia ceritakan padaku. Sikap bisunya membuatkan aku geram. Bukan aku tak nak bincangkan perkara ni, tapi aku tak boleh nak cakap. Mulutku seakan terkunci. Aku tahu dia sedar akan perubahanku tapi dia tetap dengan sikapnya.
Dalam keadaan begini aku lebih suka menulis dari bercakap. Tapi dia tidak mengerti apa yang tersirat di hati. Lain yang cuba aku sampaikan, lain pula penerimaannya. Mungkin terlalu kasar bahasaku di dalam surat itu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
SMS 1 - "Guest What ??? You have just make myself WORST !!!
Your letter will be reply soon..."
Your letter will be reply soon..."
Aku Balas - "It's not a letter, k...Itu luahan hati yang marah.
Tak perlu membalasnya. Kalau tak puashati, cakap je.."
SMS 2 - "Same goes to you..."
Aku Balas - "Tak sama !!! Akak dah biasa menulis..."
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Memang begitulah dia. Bila tiba saat-saat sukar sebegini, dia lebih suka menggunakan Bahasa Inggeris. Aku faham maknanya tapi tak pandai nak susun ayat dalam Bahasa Inggeris. Takut tak tercapai maksud. Esoknya, aku utuskan luahan yang kedua. Aku jelaskan segala-galanya dengan bahasa yang paling mudah supaya dia boleh faham apa yang cuba aku sampaikan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
SMS 3 - "Belum sempat balas luahan pertama, luahan kedua pula
menyusul. Berilah saya masa.
Saya pun ada luahan yang perlu saya sampaikan.
Saya pun ada perasaan, bukan tunggul kayu mati..."
menyusul. Berilah saya masa.
Saya pun ada luahan yang perlu saya sampaikan.
Saya pun ada perasaan, bukan tunggul kayu mati..."
Aku Balas - "Terpulang..."
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Waktu itu, tinggal seminggu lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Kawan-kawan mula sibuk dengan agenda makan-makan, maklum la lepas ni dah tak boleh makan siang. Aku menerima SMS itu semasa berada di dalam kereta Fiza. Dia ingin belanja aku dan Siti makan tengah hari tu. Tapi selepas membaca SMS itu, seleraku hilang. Makanan yang ku pesan tidak habis ku makan.
Sudah masuk dua minggu aku menunggu.
"Mana luahan yang adik nak bagi akak tu ? Tak payah lah dik, membazir je, penat akak tunggu. Tak de masa ke atau tak tau nak cover diri ? Agaknya betul la apa yang akak katakan dalam luahan yang pertama tu, kan ?" Ingin saja aku utuskan perkataan ini tapi aku tidak mahu mengeruhkan keadaan. Tapi dengan sikapnya itu aku jadi geram. Elok-elok aku dah cool, perasaan marah kembali lagi.
"Mana luahan yang adik nak bagi akak tu ? Tak payah lah dik, membazir je, penat akak tunggu. Tak de masa ke atau tak tau nak cover diri ? Agaknya betul la apa yang akak katakan dalam luahan yang pertama tu, kan ?" Ingin saja aku utuskan perkataan ini tapi aku tidak mahu mengeruhkan keadaan. Tapi dengan sikapnya itu aku jadi geram. Elok-elok aku dah cool, perasaan marah kembali lagi.
(To be continued)
Subscribe to:
Posts (Atom)