Tuesday, February 22, 2011

Salahkah aku ?

( Berkaitan dengan entry  "Relakanlah" dan "Bicara Hati"

Kadangkala,
Hati ini sukar dimengertikan
     Dalam perjalanan
     Kita dipertemukan
     Entah macam mana
     Lahirnya perasaan sayang
     Sedangkan aku tidak pernah meminta
     Malah tidak pernah menduga
     Begini jadinya.....
Hari demi hari
Aku cuba berlagak biasa
Aku cuba menjauhimu
Tapi aku tidak berdaya
     Semakin ku lari
     Semakin dekat engkau padaku
     Semakin aku cuba melupakan
     Semakin aku mengingatimu.....
Aku mengambil berat tentang dirimu
Aku tidak tahan mendengar 
Yang tidak baik mengenai dirimu
Aku takut kehilanganmu
Walau ku pasti ia akan terjadi
Suatu hari nanti.....
     Akhirnya, aku tewas dengan perasaan ini
     Aku cuba membuat kesimpulan sendiri
     Aku tidak mampu lari darimu
     Dan, aku rasa aku tidak bersalah
     Kerana sebenarnya aku menganggapmu 
     Sebagai saudaraku.....
Aku pasti,
Situasi ini hanyalah sementara
Ianya akan hilang jua
Ditelan masa.....

****************************************************

Kini, sudah tibalah masa itu 
And...it's really hurt...inside...
Aku harus menerima hakikat kehilangannya.

Sekarang kau bebas !!! Terbanglah ke mana kau suka, buatlah apa yang kau mahu.  Aku takkan peduli lagi.  Aku takkan bertanya dan kau tak perlu jelaskan apa-apa. Aku cukup mengerti dengan apa yang terjadi.

Lynn, jangan nangis. Tahan airmata tu. Airmata takkan dapat selesaikan segala-galanya. Kuatkan semangat, Lynn. Usah biarkan apa yang berlaku, melemahkan semangatmu.  Kau boleh lakukannya. Senyum Lynn, senyum...

10 comments:

  1. Salam...sabor jer lah yer..mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan..mungkin ada kebahagiaan dari perpisahan..

    ReplyDelete
  2. Hi salam kenal dari saya, blog yang nice sekali, menarik dan ok. saya follow no 452. punya link banner biar saya pasang di blog saya. Follow me back ya.

    ReplyDelete
  3. jgn sedih sgt k.be strong.i pun pnh ditinggalkan org laki.

    hye,myralynn

    ReplyDelete
  4. setiap pertemuan ada perpisahan.. itu semestinya.. dan pasti akan berlaku...

    ReplyDelete
  5. insyaAllah bole.. doa byk2..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum

    kita selalu anggap yg tidak elok itu buruk tapi di sebalik itu ada sesuatu yg Allah mahu beritahu.

    ReplyDelete
  7. salam.. semoga kamu kuat yea. berdoalah agar kamu kuat menghadapi ape yang ditimpakan keatas kamu...

    ReplyDelete