( Berkaitan dengan entry "Relakanlah" dan "Bicara Hati" )
Kadangkala,
Hati ini sukar dimengertikan
Dalam perjalanan
Kita dipertemukan
Entah macam mana
Lahirnya perasaan sayang
Sedangkan aku tidak pernah meminta
Malah tidak pernah menduga
Begini jadinya.....
Hari demi hari
Aku cuba berlagak biasa
Aku cuba menjauhimu
Tapi aku tidak berdaya
Semakin ku lari
Semakin dekat engkau padaku
Semakin aku cuba melupakan
Semakin aku mengingatimu.....
Aku mengambil berat tentang dirimu
Aku tidak tahan mendengar
Yang tidak baik mengenai dirimu
Aku takut kehilanganmu
Walau ku pasti ia akan terjadi
Suatu hari nanti.....
Akhirnya, aku tewas dengan perasaan ini
Aku cuba membuat kesimpulan sendiri
Aku tidak mampu lari darimu
Dan, aku rasa aku tidak bersalah
Kerana sebenarnya aku menganggapmu
Sebagai saudaraku.....
Aku pasti,
Situasi ini hanyalah sementara
Ianya akan hilang jua
Ditelan masa.....
****************************************************
Kini, sudah tibalah masa itu
And...it's really hurt...inside...
Aku harus menerima hakikat kehilangannya.
Sekarang kau bebas !!! Terbanglah ke mana kau suka, buatlah apa yang kau mahu. Aku takkan peduli lagi. Aku takkan bertanya dan kau tak perlu jelaskan apa-apa. Aku cukup mengerti dengan apa yang terjadi.
Lynn, jangan nangis. Tahan airmata tu. Airmata takkan dapat selesaikan segala-galanya. Kuatkan semangat, Lynn. Usah biarkan apa yang berlaku, melemahkan semangatmu. Kau boleh lakukannya. Senyum Lynn, senyum...