Friday, June 10, 2011

Maafkan Kesilapanku

Rupanya telah dua minggu dia memendam kemarahan itu. Sesungguhnya aku tidak tahu. Mungkin kerana aku tidak peka pada keadaan. Memang fikiran manusia tidak sama. Masing-masing ada pendapat sendiri. Betul pada kita, tak semestinya betul pada orang lain. Kebetulan aku ada perkara lain yang harus diberitahu kepadanya. Disebabkan masa itu cuti persekolahan, aku hanya menghantar mesej sahaja. Dan ini merupakan kesilapanku yang kedua. Ternyata tindakan ku itu menambahkan lagi kemarahannya.

Dia meminta aku menangguhkan dulu perancanganku. Aku yang masih tidak mengerti tentang keadaan itu, membuat temujanji untuk bertemu dengannya. Tapi sebenarnya dalam hatiku, aku dapat merasakan sesuatu. Pagi itu aku ke biliknya. Dia seperti biasa, dengan kesibukannya. Lima minit aku menunggu dia menyiapkan tugasnya sambil menunggu teman yang sepatutnya bersamaku menemuinya pada hari itu. Temanku itu sedang menyediakan surat-surat yang sepatutnya ditandatangani olehnya.

Dia  mula menyatakan apa yang terbuku di hatinya. Dia tanya apa kesalahan yang telah ku lakukan baru-baru ini. Serius, aku tak tahu. Bila dia terangkan, aku mula mengerti. Dia merasa aku mengenepikannya sebagai seorang ketua, membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepadanya. Pada aku, itu hanya aktiviti mingguan biasa. Cuma aku menyelitkan satu agenda yang dia rasa aku membelakangkannya. Salahnya aku kerana tidak memberitahu dia tentang perkara itu. Dan aku tidak menjemput dia bersama sedangkan aku mengundang semua pentadbir lain di pejabatnya. Tetapi sebenarnya hari itu memang dia tiada di sekolah. 

Apa yang mampu ku lakukan hanyalah meminta maaf. Aku tahu dia menegur untuk kebaikan. Aku memang menghormatinya sebagai seorang ketua cuma sebagai manusia, aku tidak terlepas dari membuat kesilapan. Aku harap setelah diluahkan, dia tidak menyimpan kemarahan itu lagi..Aku harap dia maafkan aku...

8 comments:

  1. good writer.. nice.. keep it up..!!

    ReplyDelete
  2. Salam...sekurang-kurangnya dia memberitahu apa yg terbuku di hati...

    http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/bangga-tiada-dara-part-2.html

    ReplyDelete
  3. ana pun pernah,,sejak dari tu ana belajar dari kesilapan dan lebih hati2 dalam hal2 mcm ni..moga kita belajar dari kesilapan..^^

    ReplyDelete
  4. kadang-kadang kita rasa nak marah bila seseorg tu berterus terang tp sebenarnya itu lebih baik untuk kita daripada dia diam membisu seolah tiada apa yang berlaku sedangkan dia menyimpannya di dalam hati.

    ReplyDelete
  5. bersabarlah.. sesungguhnya sabar itu sangat tinggi darjatnya.. (^.^)v salam kenal!

    I'm not hacker!!

    ReplyDelete
  6. SALAM...
    menerima teguran dan meminta maaf adalah satu sifat yang mulia.bukan semua orang punya sifat sebaik itu..insyaALLAH dia pasti maaf kan myra^__^

    ReplyDelete
  7. yup,anggaplah itu sebagai teguran utk kebaikan kamu. ^__^

    ReplyDelete