Tuesday, October 5, 2010

Akan Kuteruskan...

Bila keegoan terasa dicabar
Bila hati panas terbakar
Bila luka pedih tercalar
Kata-kata mula tersasar
            Bila kepercayaan mulai hilang
            Bila keraguan makin berpanjangan
            Bila langkah tidak sehaluan
            Tiada lagi yang perlu dipertahankan
Namun,
Selagi aku masih bisa berdiri
Aku akan tetap teguh di sini
Takkan ku harapkan sesiapa lagi
            Aku pasti,
            Tanpa bantuan tanpa sokongan
            Aku masih mampu meneruskannya
            Biarlah sakit akan ku hadapi
            Biarpun pedih akan ku tanggung sendiri
.........................................................................

Rupanya selama ini aku tersilap
Tapi kukira segalanya masih belum terlewat.
Sesungguhnya,
Sukar untuk menghadapinya sendirian
Tapi itulah hakikat yang harus ku terima
Ku pasti, hatimu tidak lagi di sini
Tak apalah, kekuatan adalah dari hati
Bukan kerana majoriti......


2 comments:

  1. Sumpah suka sajak ni. ;) Penuh madah, dalam maknanya.

    p/s; Sajak ni mcm perasaan zaty sekarang!

    ReplyDelete
  2. gitu la zaty..hidup mesti diteruskan w/p tak de org nak bantu kita lagi..kita buat la setakat yang termampu..

    ReplyDelete